AHLAN

Photobucket

TIP-TOP

Tuesday, October 12, 2010

JOM INTEROPEKSI DIRI

MUHASABAH DIRI

Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan" (Riwayat Al-Bukhari) ”Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda :Solat yang lima, begitu pula solat Jumaat ke Jumaat berikutnya, dapat menghapus dosa-dosa yang terjadi antara semuanya, selama tidak diperbuat dosa-dosa besar." ”Sesungguhnya Allah telah memfardhukan zakat sebagai pembersihan terhadap harta.” - Riwayat Bukhari LAMAN SUNNAH SEBAIK-BAIK JALAN PIMPINAN Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya: Pernah Rasulullah s.a.w apabila berpidato merah menyala matanya, lantang suaranya dan bersangatan marahnya, sehingga seolah-olah Baginda seorang pemberi amaran yang menyatakan kepada angkatan tentera (tentang kedatangan musuh) dengan katanya: Bahawa musuh akan datang menyerang kamu pada pagi-pagi hari dan (mungkin) pada waktu petang!; serta Baginda bersabda: "(Masa) aku diutuskan dan masa berlakunya qiamat seperti dua jari ini," lalu Baginda menyatukan kedua jari tangannya - jari telunjuk dan jari tengah, serta baginda bersabda lagi: "(Ketahuilah) selain dari itu, maka sebenar-benar perkataan ialah kitab Allah dan sebaik-baik jalan pimpinan ialah jalan pimpinan Muhammad (s.a.w) dan (sebaliknya) sejahat-jahat perkara ialah perkara-perkara baharu (yang) diada-adakan dalam agama), sedang tiap-tiap perkara baharu (yang diada-adakan dalam agama) itu adalah bid'ah dan tiap-tiap bid'ah itu sesat". Kemudian Baginda bersabda lagi: "Aku adalah berhak menolong tiap-tiap seorang mukmin lebih daripada ia menolong dirinya sendiri, - sesiapa yang meninggalkan harta benda maka itu adalah untuk waris-warisnya dan sesiapa yang meninggalkan hutang atau orang yang kehilangan tempat bergantung maka terserahlah kepadaku menjaganya atau akulah yang menanggung hutangnya". (Muslim dan Lain-lainnya). TAZKIRAH MASA AKAN MENJADI SINGKAT Ertinya:Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api". (H.R.Termizi) Keterangan Masa akan berlalu begitu cepat. Belum sempat berbuat sesuatu, tiba-tiba masa sudah terlalu larut, sehingga banyak perkara yang belum dapat diselesaikan. Kita seakan-akan sibuk, tetapi kita tidak faham apa yang disibukkan. Kita diburu masa dan ia berlalu dengan tiada ada perkara yang dapat kita selesaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan singkatnya masa. Menurut Imam al-Karmani, yang dimaksudkan dengan singkatnya masa ini ialah dicabut keberkatan daripadanya. Mcmang benar apa yang dikatakan oleh Imam al-Karmani itu, dahulunya kita merasakan dalam sehari banyak perkara yang dapat kita laksanakan, tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit perkara-perkara yang dapat kita laksanakan. Ini adalah satu petanda hampirnya qiamat. [40 Hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman ini dipetik dari buku yang telah di susun oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam)]

Monday, October 11, 2010

FIKIR SEJENAK


Photobucket

FIKIR-FIKIRKANLAH...

Sedikit peringatan - Fikir-fikirkanlah.... 1. Apa gunanya wajah yg tampan atau cantik rupawan dan tubuh badan yang kuat seandainya solat lima waktu tidak dapat dijaga...fikir-fikirkanlah. 2. "Enam perkara yang dipandang asing di enam tempat iaitu : a- Masjid adalah asing di kalangan orang-orang yang tidak sembahyang di dalamnya. b- Al-Quran adalah asing di rumah orang-orang yang tidak mahu membacanya. c- Al-Quran juga adalah asing di dalam hati orang-orang yang fasik (iaitu orang-orang yang tidak mahu mengamalkan isinya). d- Seorang muslimah yang soleh dipandang asing di sisi lelaki yang zalim, yang buruk perangainya. e- Lelaki muslim yang soleh adalah asing di samping perempuan yang hina, yang buruk akhlaknya. f- Dan orang alim adalah asing dikalangan kaum yang tidak mahu mendengar nasihatnya." ..fikir-fikirkanlah 3."Ada empat macam yang berharga dalam diri manusia dan ia boleh hilang dengan empat sebab. Adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu dan amal soleh. Maka akal boleh hilang disebabkan marah.Agama boleh hilang disebabkan dengki. Malu boleh hilang disebabkan tamak dan amal soleh boleh terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain."..fikir-fikirkanlah 4. Biarlah sedikit asalkan diberkati-Nya, Daripada banyak yang memudaratkan, Berkat di dunia oh indah nikmatnya, Berkat di akhirat balasannya syurga..fikir-fikirkanlah 5."Kamu tidak boleh memberi kepuasan kepada semua orang, tetapi kamu boleh memberi kepuasan kepada golongan yang berakal, beradab dan terpilih". - Ibnu Maqaffa...fikir-fikirkanlah 6. "Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..."..fikir-fikirkanlah #LAZIMKANLAH DIRIMU DENGAN MEMPERBANYAKKAN ZIKIR DAN FIKIR# -Ibnu Muslim-

CINTA

"Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Mengasihani" Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yg melabuhkan cintanya padaMu agar bertambah kekuatanku utk menyintaiMu Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yg hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dlm jurang cinta nafsu Ya Rabbana, jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dariMu Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu rindukanlah aku pd seseorang yg rindukan syahid di jalanMu Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan bermunajat kpdMu di sepertiga malam terakhirMu Ya Allah jika aku jatuh hati pd kekasihMu jangan biarkan aku tertatih atau terjatuh dlm perjalanan menyeru manusia kpdMu katakanlah amin.


Photobucket

Thursday, October 7, 2010

MENEROBOS KEBOSANAN

.:: Ayat-ayat CintaNya ::.

.:: Ayat-ayat CintaNya ::.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal,"
- Surah Al-Anfal (8): 2 -

.: Nasihat dari Kekasih-Nya :.

.: Nasihat dari Kekasih-Nya :.
“ Sungguh ajaib urusan orang yang beriman itu, sesunggunya segala urusan mereka adalah baik, dan tiada yang memperolehi keadaan ini melainkan yang beriman sahaja. Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu dia bersyukur. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya”
(HR Muslim)

.:: Kata-Kata Hikmah ::.

.:: Kata-Kata Hikmah ::.
Takut gagal adalah gagal sejati. Takut mati adalah mati sebelum mati. Hidup itu adalah gerak. Gerak itu ialah maju, berjuang ,dan naik, jatuh dan naik lagi. Kita tidak akan tahu apa yang terjadi esok. Oleh itu, tidak ada tempuh yang akan terbuang.
- Dr. Hamka -

.: Our Palestine :.

.: Our Palestine :.
Demi Al-Aqsa Tercinta

Wahai manusia,
Demi Al-Aqsa tercinta,
Jangan sekali kau kata kau tiada daya,
Diam seribu bahasa,
Mampu berdoa cuma?

Namun,
Apakah erti doa,
Jika usahanya tiada.

Rumah Allah itu kian dirobek,
Saudara seakidah kita pula,
Terus dibunuh, dan diperkosa,
Sungguh kejam, sedangkan mereka juga manusia.

Namun kita,
Hanya mampu melihat dan membiarkan sahaja?
Tergamakkah kita?

Bangkitlah kalian,
Demi Al-Aqsa tercinta.

Tepuk dada,
Tanya hati,
Sudahkah cukup aku berusaha?

[Persoalkan dirimu, Sebelum kamu dipersoalkan 'kelak'

Sunday, October 3, 2010

PENGGODA cinta yang malu

penggoda cinta yang malu..
Teladan Cinta Kita Dia pahlawan yang dimuliakan wajahnya Dia puteri dari zuriat yang mulia Ali pewaris keberanian dan kebenaran Fatimah titipan kesabaran dan kesucian Persandingan itu… di pelamin kemiskinan Fatimah… Puteri terpuji, isteri teruji, Suami di medan jihad Kau bermandi keringat Jauh-jauh mencari air…di padang pasir Di sengat sinar mentari Sedikitpun tidak kau kesali Untuk suami, kerana Ilahi Ali… Pahlawan unggul, ilmuan tersohor, Syair setajam senjata Gagah sekukuh kota Kau kunci gedung nubuwwah Kau fakir yang pemurah Kau wira di sebalik selimut hijrah Berkorban nyawa untuk Rasulullah Ali & Fatimah… Subuh itu mereka berdua bertemu Nabi Lalu diluahkan ketandusan upaya Betapa tenaga seakan tak mampu lagi Untuk menanggung beban keluarga Sudilah kiranya dihadiahkan seorang sahaya Tersenyum Rasulullah mendengar rintihan Lalu diberikan zikir sebagai gantian Tiga kalimat sarat keberkatan Subhannallah, Alhamdulillah, Alllah hu Akbar Lalu esoknya mereka datang lagi… Bersama satu kelapangan dan kekayaan hati Cukuplah kami tak perlu apa-apa lagi! Mereka miskin harta tapi kaya jiwa Sering berpisah tapi tak gundah Mereka bercinta kerana Allah Indahnya mempelai di pelamin kemiskinan Bila bersanding dua kemuliaan.. Seorang lelaki bergelar karamallahuwajjah, seorang wanita yang az zahrah!